AMD baru-baru ini telah memperlihatkan dua komponen komputer baru di acara CES melalui AMD Ryzen generasi ketiga dan juga kad grafik AMD Radeon VII mereka yang merupakan berita terbesar dari mereka setakat ini.
Nampaknya AMD juga akan sibuk di arena mahkamah kerana mereka baru sahaja memfailkan saman terhadap MediaTek kerana melanggar paten-paten grafik yang termasuk paten rekabentuk pemprosesan grafik, unified shader danĀ saluran sistem grafik selari (parallel pipeline graphics systems).
Bukan itu sahaja, nampaknya AMD sedang cuba untuk mendapatkan pampasan untuk pelanggaran paten masa lalu, masa kini dan masa hadapan, dan juga untuk memastikan paten-paten grafik AMD tidak dilanggar di masa hadapan.
Pemfailan saman AMD untuk pelanggaran paten-paten mereka bukanlah sesuatu yang baru. Selain MediaTek, AMD pernah menyaman syarikat-syarikat seperti Samsung, Global FoundriesĀ dan juga LG kerana melanggar paten-paten yang sama. Akan tetapi, kebanyakan kes-kes ini samada dibatalkan ataupun diselesaikan di luar mahkamah oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Pemfailan saman terhadap MediaTek ini kemungkinan besar adalah kerana AMD tidak dapat menyelesaikan isu pelanggaran paten ini di luar mahkamah, dan AMD mengambil jalan terakhir untuk kendapatkan pampasan.