Kerajaan Indonesia Bakal Memperkenalkan Undang-Undang Baru Untuk Perkhidmatan Teksi Motorsikal

Kerajaan Indonesia Bakal Memperkenalkan Undang-Undang Baru Untuk Perkhidmatan Teksi Motorsikal

Diterbitkan pada Jan 15, 2019 oleh .

Indonesia merupakan negara dengan perkhidmatan seru-pandu terbesar di rantau Asia Tenggara. Dengan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Grab dan Go-Jek di sana, mereka bukan sahaja menggunakan kereta, tetapi motorsikal juga.

Apa yang menarik disini ialah tidak seperti kereta, penggunaan motorsikal oleh pelbagai perkhidmatan seru-pandu ini tidak dikawal selia oleh kerajaan Indonesia, dan bergantung kepada perkhidmatan, keselamatan pemandu dan penumpang motorsikal tidak semestinya terjamin.

Terkini, Kementerian Pengangkutan Indonesia dilaporkan bahawa mereka sedang merangka undang-undang yang harus diikuti oleh perkhidmatan-perkhidmatan seru-pandu yang menggunakan motorsikal sebagai sebuah mod pengangkutan. Undang-undang baru ini bakal merangkumi aspek keselamatan, tarif, penggantungan pemandu motorsikal dan lain-lain.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pengangkutan Darat Kementerian Pengangkutan Indonesia, Budi Setiyadi telah berjumpa dengan wakil-wakil daripada 97 syarikat teksi motorsikal di Indonesia, dan selain daripada berbincang mengenai undang-undang baru, mereka juga telah mendirikan sebuah pakatan yang dinamakan Team 10 yang akan mewakili semua persatuan motorsikal teksi di Indonesia.

Apabila ditanya mengenai pengenalan undang-undang baru ini, seorang wakil dari Grab Indonesia berkata bahawa mereka tidak tahu apa-apa mengenainya, tetapi juga telah berkata bahawa mereka menyambut baik undang-undang ini kerana ia akan membantu semua perkhidmatan-perkhidmatan seru-pandu untuk menjaga keselamatan pemandu-pemandu mereka.


TIPS & ULASAN