Anker Mengumumkan Kabel Dalam Siri Powerline – Kable MFI USB-C Ke Lightning

Anker Mengumumkan Kabel Dalam Siri Powerline – Kable MFI USB-C Ke Lightning

Diterbitkan pada Jan 15, 2019 oleh .

Kita sudah tahu yang bermula tahun ini barulah wujudnya kabel MFI USB-C ke Lightning dari jenama pihak ketiga. Ini bermakna, jika anda pernah membeli kabel USB-C ke Lightning sebelum Februari 2019 (selain dari kabel rasmi) ia adalah versi yang tidak diiktiraf dan boleh mendatangkan risiko kepada peranti anda.

Baru-baru ini, Anker telah mengumumkan kabel MFI USB-C Ke Lightning mereka. Ia adalah aksesori kuasa dalam siri Powerline yang mempunyai ketahanan 5 kali ganda dari pesaing lain. Untuk siri Powerline+ pula, kabelnya ini diperbuat daripada kemasan nilon braided dan mempunyai kerangka aluminium di sekeliling. Melalui kabel ini, pengguna boleh mengecas siri iPhone 8/iPhone X/iPhone XS/iPhone XR mereka dengan lebih pantas jika dipadankan dengan pengecas USB-PD. Kabel Anker Powerline ini akan dijual pada harga bermula $20.99 (~RM86) sahaja.

Selain daripada itu, Anker turut melancarkan penyesuai USB-C ke port bicu audio 3.5mm. Penyesuai ini juga adalah aksesori Anker dengan pengiktirafan MFI, kerana ia dihasilkan untuk Macbook dan iPad Pro yang terkini. Tiada harga lagi buat masa ini, tetapi ia akan dimaklumkan kemudian.

Walaupun, kabel Anker Powerline tadi mempunyai harga yang hampir sama dengan kabel rasmi – sekurang-kurangnya ia adalah lebih kukuh daripada rekaan kabel rasmi yang sudah lapuk.


TIPS & ULASAN