Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini telah mengumumkan pelantikkan Surina Shukri sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru untuk MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation).
Pelantikan ini adalah efektif bermula 16 Januari 2018 ini. Sebelum ini, MDEC diterajui oleh Datuk Yasmin Mahmood dan meninggalkan jawatan berkenaan secara rasminya pada 15 Januari 2019, iaitu hari ini.
Surina Shukri mempunyai pengalaman yang meluas bekerja di syarikat multinasional – termasuk dalam industri kewangan, tenaga, teknologi dan sebagainya. Surina adalah graduan daripada University of Pennsylvania dan mempunyai Sarjana Muda Sains Ekonomi, dan juga Sarjana Muda Sains Gunaan dalam Kejuruteraan Sistem
Buat masa ini, tiada perancangan dan sebagainya yang diumumkan. KIta mungkin mendengar lanjut mengenai hala tuju MDEC, dan pelbagai perkara baru dalam bulan-bulan akan datang.