Siri Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 Kini Di Kedai Atas Talian NVIDIA Di Lazada – Bermula Dari Harga RM1599

Siri Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 Kini Di Kedai Atas Talian NVIDIA Di Lazada – Bermula Dari Harga RM1599

Diterbitkan pada Jan 15, 2019 oleh .

Bagi mereka yang sedang menunggu untuk kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 yang hadir dengan kebolehan RTX pada harga yang lebih mampu milik, anda tidak perlu menunggu lagi.

NVIDIA baru-baru ini mengemaskini kedai atas talian mereka di Lazada dengan tanda-tanda harga untuk siri kad grafik tersebut daripada pelbagai pembuat kad grafik, seperti ASUS, GIGABYTE, MSI dan ZOTAC.

Kesemua kad-kad grafik yang ditunjukkan di laman web tersebut merupakan model dengan memori GDDR6 sebanyak 6GB, dan hadir dengan pelbagai tanda harga. Model-model yang boleh dibeli kini termasuklah:

ASUS
  • ASUS Turbo GeForce RTX 2060 6G – RM1749
  • ASUS Dual GeForce RTX 2060 6G – RM1950
  • ASUS ROG GeForce RTX 2060 6G – RM2159
  • ASUS ROG Strix GeForce RTX 2060 OC Edition – RM2380
GIGABYTE
  • GIGABYTE GeForce RTX 2060 OC – RM1849
  • GIGABYTE GeForce RTX 2060 WF2 OC – RM1899
  • GIGABYTE GeForce RTX 2060 Gaming OC – RM1959
  • GIGABYTE GeForce RTX 2060 Gaming OC Pro – RM1999
  • GIGABYTE Aorus GeForce RTX 2060 Extreme 6G – RM2099
GALAX
  • GALAX GeForce RTX 2060 – RM1599
MSI
  • MSI GeForce RTX 2060 Ventus 6G OC – RM1750
ZOTAC
  • ZOTAC GeForce RTX 2060 Twin Fan – RM1659
  • ZOTAC GeForce RTX 2060 AMP – RM1719

Kesemua kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 ini sudah boleh mula dibeli di kedai atas talian NVIDIA GeForce di Lazada bermula hari ini.



TIPS & ULASAN