Apple sering menyediakan sejumlah aksesori rasmi untuk peranti keluaran mereka, terutamanya iPhone. Terkini, mereka telah pun melancarkan siri kerangka Smart Battery Case untuk iPhone XS Max, iPhone XS dan juga iPhone XR.
Melalui kerangka khusus ini, ia menawarkan sokongan tenaga bateri tambahan untuk iPhone anda. Menariknya, melalui ghenerasi baru ini, ia turut menyertakan sokongan untuk pengecasan nirwayar Qi melalui penggunaan kerangka ini.
Dari segi rekaan, ia hadir membawakan rekaan yang sedikit memperlihatkan bonjol dibelakang – selain ia agak tebal berbanding kebiasaan kerana ingin menyimpan kapasiti bateri tambahan.
Smart Battery Case ini ditawarkan untuk iPhone XS Max, iPhone XS dan juga iPhone XR. Ia telah disenaraikan di Apple Store Malaysia pada harga RM539 setiap satu – tetapi ia masih belum boleh ditempah lagi secara rasminya buat masa ini.