Cari @ Amanz

Pada tahun lalu, Grab memperkenalkan aplikasi Grab SuperApp mereka yang memudahkan pengguna untuk mengakses pelbagai jenis perkhidmatan melalui satu aplikasi sahaja.

Terkini, Grab telah menandatangani sebuah usaha sama bersama-sama dengan ZhongAn, sebuah syarikat insurans dari China untuk membina sebuah perkhidmatan pemasaran insurans melalui aplikasi Grab SuperApp.

Kerjasama diantara kedua-dua ini dikatakan akan memudahkan pengguna untuk membeli insurans dengan mudah dan murah, disamping memberi pengguna pilihan untuk memilih insurans yang lebih bersesuaian dengan keperluan mereka.

Dalam pada itu, Grab dan ZhongAn juga akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat insurans di seluruh dunia untuk memudahkan proses penjualan insurans mereka kepada para pengguna Grab SuperApp ini.

Sebagai contoh, Grab akan mula menjual insurans pemandu oleh Chubb, sebuah insurans yang cukup berguna khususnya untuk para pemandu Grab supaya mereka terlindung sekiranya mereka kehilangan pendapatan apabila jatuh sakit ataupun terlibat dalam kemalangan.

Menurut Grab, perkhidmatan pemasaran insurans ini akan mula diperkenalkan di Singapura dahulu melalui Grab SuperApp mereka, dan akan memasuki pasaran-pasaran lain di Asia Tenggara di masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd