Sudah lebih dari dua tahun kita menggunakan Twitter dengan susur masa algoritma. Susur masa algoritma ini kononnya adalah fungsi pintar yang memaparkan kicauan yang ia rasa pengguna ingin lihat. Ia tidak digemari ramai dan pada tahun lepas, Twitter sudah berjanji akan kembalikan sokongan susur masa kronologi di masa akan datang.
Android, we got you. Starting today, tap ✨ to switch between latest and top Tweets. pic.twitter.com/7rXo3BNEJ6
— Twitter (@Twitter) January 15, 2019
Akhirnya, tahun 2019 ini – sokongan susur masa kronologi untuk Twitter kembali buat pengguna Android. Walau bagaimanapun, susur masa algoritma masih lagi susur masa asal. Untuk lihat kicauan-kicauan secara kronologi, pengguna perlu tekan pada butang khas di bahagian kiri atas. Dengan menekan butang ini, turut terdapat pilihan tetapan kandungan yang pengguna boleh tetapkan.
Kemaskini ini bermula hari ini melalui bahagian pelayan dan anda akan lihat butang khas ini terpapar pada aplikasi Twitter.