YouTube Menguji ‘Cadangan Muat Turun’ Video Di Malaysia

YouTube Menguji ‘Cadangan Muat Turun’ Video Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 16, 2019 oleh .

Aplikasi YouTube turut membenarkan pengguna untuk muat turun video untuk ditonton secara luar talian. Setiap muat turun ini dihadkan kepada resolusi 720p HD sahaja. Selain daripada muat turun, YouTube juga mempunyai algoritma yang boleh mencadangkan pengguna untuk tonton video yang mana. Algoritma ini berfungsi berdasarkan sejarah carian dan tontonan yang pengguna telah lakukan.

Terkini, seorang pengguna di Malaysia (@JazliAziz) telah menemui satu ciri baru dalam aplikasi YouTube. Ciri ini adalah ciri muat turun yang baru. Seperti algoritma tadi yang mencadangkan pengguna untuk tonton sesuatu video, ciri muat turun ini mencadangkan pengguna untuk memuat turun sesuatu video. Ciri ini nampaknya hanya satu ujian dari bahagian pelayan, kerana dalam OnePlus 6T dan Xiaomi Mi 8 saya – ciri ini masih tidak kelihatan lagi.

Jika pengguna-pengguna menerima ciri ini memberi maklum balas yang positif dan fungsinya stabil, YouTube mungkin akan edarkan kemaskini ini dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN