Cari @ Amanz

Oppo akan melancarkan peranti terkini mereka pada bulan hadapan. Setakat ini rekaannya masih belum tertiris ke arena web tetapi besar kemungkinan adalah peranti kemas kini kepada Find X yang dilancarkan Jun tahun lalu. Terkini markah penanda aras Geekbench 4 peranti Oppo Poseidon telah tertiris ke arena web.

Dari ujian ini, ia mendedahkan Poseidon bakal menggunakan cip Snapdragon 855. Cip yang berteknologi 7nm ini dilengkapi lapan teras Kryo 485 dalam konfigurasi 1+3+4. Satu teras utama adalah untuk tugasan berat pada kelajuan 2.84 GHz, tiga teras pada kelajuan 2.42 GHz untuk tugas utama dan empat teras pada kelajuan 1.8 GHz berkuasa rendah. Ia adalah cip paling berkuasa untuk peranti Android tahun ini. Maklumat lanjut mengenai Poseidon pastinya akan diketahui semakin hampir kita ke tarikh pelancarannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd