YouTube Mengemaskini Polisi Mengenai Kandungan Prank Dan Cabaran Yang Berbahaya

YouTube Mengemaskini Polisi Mengenai Kandungan Prank Dan Cabaran Yang Berbahaya

Diterbitkan pada Jan 16, 2019 oleh .

YouTube hari ini mengemaskini polisi mengenai kandungan berbentuk prank dan cabaran berbahaya yang dimuat naik ke platform mereka. Segala jenis cabaran berbahaya seperti Bird Box dan Tide Pod akan dibuang oleh YouTube. Dengan kata lain sebarang cabaran yang boleh mendatangkan kecederaan dan kematian kepada mereka yang mencubanya akan dibuang.

Prank yang boleh mendatangkan kesan mental jangka panjang, mendatangkan kecederaan dan kematian turut akan dibuang. Sebagai contoh prank yang menipu kanak-kanak bahawa ibu bapa mereka telah meninggal dunia jatuh ke dalam kategori ini. Pihak YouTube juga akan bekerjasama dengan ahli psikologi bagi merangka garis panduan terkini kandungan yang membahayakan kesihatan mental kanak-kanak.

YouTube akan memberikan tempoh selama dua bulan untuk saluran membuang video yang melanggar polisi baharu ini. Kandungan yang dibuang secara automatik dalam tempoh dua bulan mendatang tidak akan menyebabkan saluran menerima amaran. Selepas tempoh ini amaran akan diberikan dan umum diketahui jika saluran menerima banyak amaran ia akan dinyahaktifkan.


TIPS & ULASAN