Pada awal tahun lepas, Twiter telah menamatkan sokongan aplikasi mereka untuk Mac. Tetapi, aplikasi TweetDeck sehingga hari ini masih lagi boleh digunakan.
Terkini, TweetDeck untuk Mac telah dikemaskini dengan sokongan tema gelap. Jadi, bagi pengguna yang menggunakan tema gelap pada Mac mereka – TweetDeck turut akan ikuti dan selari dengan tema keseluruhan sistem. Selain daripada itu, aplikasi TweetDeck untuk Mac ini juga telah dibina semula untuk memperbaiki pelbagai pepijat yang hadir pada sebelum ini.
Bagi pengguna yang menggunakan TweetDeck, boleh muat turun kemaskini ini di App Store bermula hari ini. Versi baru ini adalah, TweetDeck v3.10.
- Muat Turun
- Muat Turun TweetDeck Untuk Mac Di App Store