Grab Memulakan Ujian Rintis Perkhidmatan Sewa Kereta Sepanjang Hari Di Kota Kinabalu

Grab Memulakan Ujian Rintis Perkhidmatan Sewa Kereta Sepanjang Hari Di Kota Kinabalu

Diterbitkan pada Jan 16, 2019 oleh .

Pada hari ini, terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan kemudahan menyewa kereta untuk sepanjang hari – yang mana amat berguna untuk mereka yang pergi bercuti ke sesuatu bandar, atau untuk urusan pekerjaan. Antara yang popular adalah SoCar dan juga GoCar.

Menariknya, kini Grab turut dilihat ingin menyertai arena sama, dan telah memulakan ujian rintis untuknya di Kota Kinabalu.

Melalui apa yang ditawarkan oleh Grab, mereka menawarkan kereta dengan 6 penumpang untuk disewa sehingga 12 jam lamanya. Harga dikira berdasarkan jam penggunaan – bermula 4 jam pada harga RM250. Pakej yang ditawarkan adalah termasuk pemandu, dan juga caj minyak.

Buat masa ini, ciri ini hanya diuji di Kota Kinabalu sahaja dan mungkin diperluaskan ke bandar lain sekiranya permintaan untuknya adalah tinggi. Melalui pengamatan kami, ciri ini telah diuji oleh Grab sejak beberapa bulan lepas di Kota Kinabalu.

Layari : Grab Rent


TIPS & ULASAN