Xiaomi Melancarkan Yeelight Wireless Charging Night Lamp – Gabungan Lampu Tidur Dan Pengecas Pantas Nirwayar

Xiaomi Melancarkan Yeelight Wireless Charging Night Lamp – Gabungan Lampu Tidur Dan Pengecas Pantas Nirwayar

Diterbitkan pada Jan 16, 2019 oleh .

Tidak banyak telefon pintar Xiaomi yang menyokong pengecasan nirwayar. Buat masa ini hanya Mi MIX 2S dan Mi MIX 3 sahaja. Tetapi, ia tidak menghalang Xiaomi untuk menjual pengecas nirwayar mereka yang tersendiri. Setakat hari ini, sudah ada tiga pengecas nirwayar yang Xiaomi jual – dua dari jenama Xiaomi dan satu lagi dari jenama ZMI.

Hari ini, Xiaomi mula melancarkan pengecas nirwayar di bawah jenama Yeelight pula – Yeelight Wireless Charging Night Lamp. Ia adalah gabungan lampu tidur dengan pengecas nirwayar pantas. Pengecas nirwayar ini menggunakan bahan binaan plastik PC+ABS, tapak dengan cengkaman yang baik dan perlindungan dari voltan yang tinggi.

Untuk kuasa pengecasan, Yeelight Wireless Charging Night Lamp menyokong sehingga 10W maksima. Jadi jika sesebuah peranti Android itu sokong pengecasan nirwayar 10W – ia mampu untuk mengecasnya dengan pantas. Untuk iPhone, ia menyokong kuasa sehingga 7.5W. Lampu tidur pada Yeelight Wireless Charging Night Lamp ini mempunyai dua warna suhu, iaitu kuning suam (warm yellow) dan putih sejuk (cold white). Lampu ini turut boleh ditanggalkan untuk digunakan secara begitu sahaja. Ia menggunakan sambungan magnetik dan mempunyai ketahanan dari 11jam sehingga 24jam lamanya sebelum ia perlu dicas.

Xiaomi menjual Yeelight Wireless Charging Night Lamp ini melalui laman biayasama Youpin dengan tanda harga hanya RMB99, iaitu sekitar RM60.


TIPS & ULASAN