The ‘Computer’ Mouse Adalah Tetikus Semua Dalam Satu Dengan Komputer Dan Papan Kekunci

The ‘Computer’ Mouse Adalah Tetikus Semua Dalam Satu Dengan Komputer Dan Papan Kekunci

Diterbitkan pada Jan 16, 2019 oleh .

Raspberry Pi adalah komputer bersaiz kecil yang boleh menjalankan pelbagai sistem operasi ringan, membantu pengguna mempelajari kerja-kerja pengkodan, menghasilkan konsol permainan tersendiri dan banyak lagi. Raspberry Pi mempunyai banyak versi, salah satunya adalah siri Raspberry Pi Zero. Ia adalah versi yang lebih ‘ringan’ daripada Raspberry Pi biasa.

Seorang pembangun telah menggunakan Raspberry Pi Zero W (versi yang menyokong Bluetooth dan WiFi) telah menghasilkan The ‘Computer’ Mouse. Ia adalah tetikus dengan komputer dan papan kekunci terbina. Untuk skrin, ia menggunakan panel OLED 1.5-inci dan bahan binaan pada keseluruhan The ‘Computer’ Mouse ini adalah daripada cetakan 3D. Mengejutkan, sistem komputer yang kecil ini turut boleh bermain permainan video Minecraft. Tetapi ia hanya boleh dimainkan dalam masa kurang 1 minit sebelum keseluruhan sistem beku.

Papan kekunci The ‘Computer’ Mouse ini direka dengan rekaan boleh luncur di mana ia akan tersembunyi bawah tetikus ini. Turut terdapat suis untuk hidup atau matikan tetikus ini. Bateri sebesar 500mAh adalah sumber kuasa buat peranti semua dalam satu ini dan skrin OLED tadi pula direka dengan engsel agar ia boleh dilipat untuk ditutup ketika ingin menyimpannya. Kos keseluruhan projek ini adalah sekitar RM517.


TIPS & ULASAN