Cari @ Amanz

Pasaran tablet Android adalah kecil dengan sebilangan kecil sahaja pengeluar yang masih menjualnya. Bagi yang mencari sebuah tablet Android berspesifikasi kelas pertengahan, Huawei MediaPad T5 telah dilancarkan di Malaysia hari ini ketika pelancaran Huawei Nova 4 sebentar tadi.

Ia sebuah tablet dengan skrin 10.1″ dengan resolusi 1920×1200 pixel, dijana pemproses Kirin 659. memori sebesar 3 GB RAM, storan 32GB, kamera hadapan 2MP f/2.4, kamera belakang 5MP f/2.4 dan bateri sebesar 5100 mAh. Terdapat sokongan pengecasan 10W sahaja menerusi port pengecasan mikroUSB. Sistem pembesar suaranya pula menggunakan sistem Huawei Histen.

Tidak seperti Nova 4, MediaPad T5 ini masih lagi menggunakan sistem operasi Android Oreo 8 dengan pelancar EMUI 8. Tablet ini akan dijual di Malaysia bermula 28 Januari pada harga RM999 sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd