Perbandaran Chongqing Di China Telah Mula Mengunakan Sistem Parkir Pintar

Perbandaran Chongqing Di China Telah Mula Mengunakan Sistem Parkir Pintar

Diterbitkan pada Jan 16, 2019 oleh .

Kita sering dengar atau lihat ayat ‘China Nambawan‘ tular di Internet. Ia bermaksud, ‘China Nombor Satu’. Ini adalah kerana banyak gajet, peralatan elektronik atau teknologi baru dibuat dari China atau berasal dari China.

Terkini, People’s Daily, China telah kongsikan satu video melalui Twitter rasmi mereka. Video ini telah memperlihatkan sistem parkir kereta yang sangat efisyen dan sangat menjimatkan ruang. Sistem ini menggunakan konsep ‘rak‘ dan kereta akan parkir pada ruang khas yang bergerak secara automatik. Kereta yang diparkir pula adalah secara condong untuk menjimatkan ruang. Sistem parkir ini telah digunakan di perbandaran Chongqing.

Sistem parkir ini turut boleh membantu, pemandu yang kurang hebat parkir kenderaan – lebih-lebih lagi parkir secara ke sisi. Agaknya bila Malaysia akan mempunyai sistem seperti ini?


TIPS & ULASAN