Motorola Razr Dijangka Kembali Menggunakan Skrin Boleh-Lipat – Berharga Melangkaui RM6k

Motorola Razr Dijangka Kembali Menggunakan Skrin Boleh-Lipat – Berharga Melangkaui RM6k

Diterbitkan pada Jan 16, 2019 oleh .

Motorola Razr merupakan salah satu telefon bimbit yang sangat popular suatu ketika dahulu, dan digunakan ramai ketika itu. Kini, menurut laporan WSJ, Lenovo dijangka menawarkan kembali variasi Motorola RAZR tidak lama lagi.

Ia dikatakan peranti ini akan dilancarkan seawal Februari ini dan ditawarkan di Amerika Syarikat pada harga mencapai $1500 (iaitu sekitar RM6160).

Informasi penuh mengenainya masih tidak diketahui buat masa ini. Ia dikatakan akan menggunakan skrin boleh-lipat – salah satu trend yang sedang dilihat oleh ramai pengeluar pada tahun ini.

Dengan populariti RAZR sebelum ini yang terjual lebih 130 juta unit diseluruh dunia, semestinya ramai pengguna yang akan menantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Lenovo melalui Motorola Razr generasi baru ini. Sama-sama kita berharap agar ia tidak begitu mengecewakan seumpama beberapa telefon nostalgia keluaran HMD Global untuk peranti berjenama Nokia.


TIPS & ULASAN