Rekaan Sony Xperia XZ4 Compact Tertiris Menunjukkan Penggunaan Lensa Kamera Utama Yang Besar

Rekaan Sony Xperia XZ4 Compact Tertiris Menunjukkan Penggunaan Lensa Kamera Utama Yang Besar

Diterbitkan pada Jan 17, 2019 oleh .

Di CES yang lalu ramai menyangka Sony akan memperlihatkan telefon pintar terkini mereka tetapi ini jauh menyimpang. Sebaliknya beberapa televisyen baharu sahaja diperlihatkan kepada umum. Sony telah mula menghantar jemputan kepada wartawan untuk acara khas di MWC pada 20 Februari hadapan. Ini sekali lagi menguatkan ura-ura sebuah telefon pintar baru akan dilancarkan kemungkinan besar adalah Sony Xperia XZ4.

Pagi ini rekaan peranti ini telah tertiris ke arena web sekali lagi menerusi imej pengolokan kerangka oleh Olixar. Apa yang kami rasakan menarik ialah sistem dwi-kamera pada bahagian belakang yang mempunyai saiz lensa yang amat besar jika dibandingkan dengan peranti lain di pasaran. Besar kemungkinan Xperia XZ4 Compact akan mempunyai kamera utama dengan saiz sensor yang besar. Sony Xperia XZ4 pula dikatakan akan menggunakan sistem tri-kamera pada bahagian belakang.

Pada bahagian hadapan pula hanya sebuah kamera dapat dilihat dan peranti mempunyai bahagian dagu serta dahi yang besar. Sebuah butang kuasa dengan pengimbas cap jari terletak pada sisi kanan dan dua butang suara berbentuk bulat. Olixar mempunyai rekod yang baik dalam meniriskan rekaan akhir peranti untuk pelbagai peranti. Apakah pendapat anda tentang rekaan XZ4 Compact yang tertiris ini?


TIPS & ULASAN