Nokia 6500 Edisi Titanium dan Kulit Buaya Dijual Pada Harga Hampir RM 13,000

Nokia 6500 Edisi Titanium dan Kulit Buaya Dijual Pada Harga Hampir RM 13,000

Diterbitkan pada Jan 17, 2019 oleh .

Nokia 6500 dilancarkan pada tahun 2007 dan adalah antara peranti klasik yang dihasilkan oleh Nokia. Ia kelihatan eksklusif dan mensasarkan golongan profesional. Walaupun sudah hampir 12 dekad dilancarkan, Nokia 6500 masih lagi dijual tetapi kini dengan tubuh yang diperbuat daripada gentian karbon, kekunci titanium dan kemasan kulit buaya.

Caviar mengubahsuai Nokia 6500 dan menamakannya semula sebagai Viking Ragnar Carbon. Ia masih lagi dilengkapi skrin 2.2″ TFT dengan resolusi 320×240 pixel, memori sebesar 32MB, storan sebesar 1GB, kamera 2MP dan bateri sebesar 830 mAh. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Series 40. Walaupun peranti ini sudah amat berusia dan tidak menyokong WhatsApp, sebuah Viking Ragnar Carbon dijual pada harga $3120 (~RM 12,816) sebuah.


TIPS & ULASAN