Carian
Penekanan Cisco Terhadap Kesedaran Pengguna Berkenaan Keselamatan Siber
February 24, 2019 Liyana

Berikutan daripada skala ancaman siber negara yang dilihat semakin meningkat, Cisco telah meluaskan pengamatan mereka terhadap dasar keselamatan negara ini dengan semua pihak yang berkepentingan. Perluasan dasar ini bagi memasitikan data pelanggan setia mereka sentiasa dilindungi.

Menerusi Cisco Summit 2019, pihak mereka komitmen dalam memperkemaskan landskap industri keselamatan sekuriti organisasi pada tahun 2019. Hal ini kerana, wujudnya persekitaran teknologi yang merumitkan, di mana terlalu banyak kepenggunaan data pengguna pada peranti mudah alih, dan peranti berhubung (IoT). Penggunaan data yang tinggi ini memerlukan pengurusan yang baik dari sudut pemantauan, proses peralihan data dan perlindungan akses tersebut.

Menerusi perbincangan bersama Albert Chai – Pengarah Urusan Cisco Malaysia, menyatakan perlindungan data dan keselamatan sekuriti pada abad ini adalah penting. Ia perlu dipertingkatkan bagi menghadapi cabaran baru terutama pada aspek perlindungan data pengguna. Keupayaan untuk menangani risiko ini adalah penting dalam memastikan kejayaan jangka panjang ekosistem digital Malaysia dapat diperkukuhkan lagi.

Komplikasi ini semakin membimbangkan kerana syarikat menggunakan gabungan produk yang luas dari seksyen vendor untuk melindungi diri mereka. Sebagai contoh, kajian Cisco mendedahkan bahawa hampir 50% responden merentasi Asia Pasifik, melaporkan mempunyai lebih daripada sepuluh vendor dalam persekitaran keselamatan mereka terganggu akibat pencerobohan data tersebut. Perihal ini perlu dipandang serius kerana ia meliputi keselamatan peribadi individu.

Komen