Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Samsung Galaxy S10 Tidak Berfungsi Dengan Pelindung Skrin

Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin Samsung Galaxy S10 Tidak Berfungsi Dengan Pelindung Skrin

Diterbitkan pada Jan 17, 2019 oleh .

Samsung Galaxy S10 akan dilancarkan pada 20 Februari hadapan. Ia dijangka hadir dengan pengimbas cap jari terbina dalam skrin menggunakan sistem ultrasonik. Teknologi ini membolehkan imbasan yang lebih pantas dan boleh digunakan walaupun jika jari pengguna kotor. Namun begitu ia masih mempunyai satu kelemahan.

Menurut Armadillotek yang menghasilkan kerangka untuk Galaxy S10, pelindung skrin akan menyebabkan pengimbas cap jari terbina skrin gagal berfungsi. Apa yang diketahui setakat ini ialah Armadillotek menghasilkan pelindung skrin yang menggunakan bahan PET. Tidak diketahui sama ada pelindung kaca turut akan mempunyai masalah yang sama.

Diharap Samsung akan melancarkan pelindung skrin yang sesuai digunakan seperti yang dilakukan oleh OnePlus untuk 6T selepas pelindung keluaran pihak ketiga menyebabkan pengimbas cap jari gagal berfungsi.



TIPS & ULASAN