LG G8 Mungkin Akan Menyokong Skrin Kedua Yang Boleh Ditanggalkan
LG

LG G8 Mungkin Akan Menyokong Skrin Kedua Yang Boleh Ditanggalkan

Diterbitkan pada Jan 17, 2019 oleh .

Trend pengeluar telefon pintar kini dilihat bukan lagi menggunakan takuk, tetapi adalah skrin boleh lipat. Konsep peranti boleh lipat ini secara tidak langsung menjadikan sesebuah peranti itu mempunyai dua skrin, mengikut sokongan cara peranti itu boleh lipat.

Terkini, LG dilaporkan akan hadir dengan sokongan dwi-skrin untuk peranti mercu mereka yang akan datang – LG G8. Tetapi, skrin kedua pada peranti LG ini dikatakan akan hadir sebagai aksesori, di mana ia boleh ditanggalkan. Ada kemungkinan, skrin kedua ini akan hadir dalam bentuk seakan kerangka dengan skrin kedua terbina.

Tidak pasti lagi bagaimana aksesori skrin kedua ini akan berfungsi, atau adakah ia perlu dibeli secara asing atau sudah disediakan dalam kotak. Ini mengingatkan saya kepada LG G5, yang hadir dengan sokongan ‘modular’ yang mempunyai aksesori kamera tersendiri.


TIPS & ULASAN