Honor View 20 Akan Dijual Di Malaysia Bermula 26 Januari

Honor View 20 Akan Dijual Di Malaysia Bermula 26 Januari

Diterbitkan pada Jan 17, 2019 oleh .

Honor V20 telah dilancarkan pada Disember tahun lalu dengan pelancaran global di bawah nama View 20 pula akan berlaku pada 22 Januari akan datang. Kepada pengguna di Malaysia yang ingin memiliki peranti ini, Honor mengesahkan View 20 akan mula dijual di Malaysia pada 26 Januari. Harga walau bagaimanapun masih belum diumumkan.

Sempena pelancarannya di Malaysia kelak, Honor akan menawarkan jam tangan pintar Honor Watch Magic untuk 200 pembeli terawal manakala 800 pembeli seterusnya akan menerima Honor Band 4. Di Malaysia dua model View 20 akan ditawarkan iaitu 6/128GB dan 8/256GB. Jualan akan dilakukan ketika program jerayawara di Ground Floor of Highstreet 1 Utama Shopping Centre pada 26 dan 27 Januari.

Honor V20 dilengkapi skrin 6.4-inci IPS LCD FHD+, ini dijana dengan cip Kirin 980, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB. Kamera yang digunakan adalah dwi-kamera dengan 48-Megapixel dengan sensor Sony IMX586 pada lensa utama dan lensa kedua pula dilengkapi sensor TOF tiga dimensi untuk tujuan realiti terimbuh. Dengan kamera utama ini, peranti mampu merakam video pada tetapan 960FPS.

Kamera swafoto pula adalah sebesar 25-Megapixel yang wujud pada lubang skrin hadapan. Bateri sebesar 4000mAh disertakan dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W (4.5V5A) melalui port pengecasan USB-C.

Fungsi menarik pada kamera Honor V20 adalah ia mempunyai fungsi seakan Kinect. Menerusi sensor TOF yang disertakan, peranti boleh mengesan pergerakan tubuh pengguna yang kemudiannya digunakan untuk mengawal watak di dalam permua. Aplikasi kamera juga boleh menguruskan yang gemuk dan meninggikan yang pendek dalam bentuk video tanpa kelihatan palsu.


TIPS & ULASAN