Cari @ Amanz

Pendapatan “Perkongsian Berbayar” Oleh Juruhebah Sosial Turut Tertakluk Kepada Cukai Pendapatan

Oleh Aman

Link Copied!

Pada masa kini, terdapat ramai juruhebah sosial yang menjana pendapatan dengan membuat perkongsian berbayar melalui akaun-akaun sosial mereka di Twitter, Facebook dan sebagainya. Terkini, bercakap mengenainya, pihak LHDN mengatakan yang mana mereka turut tertakluk untuk membayar cukai pendapatan sekiranya menjana lebih RM5,000 sebulan.

Memandangkan perkongsian berbayar oleh juruhebah sosial adalah salah satu aktiviti menjana pendapatan, maka ia masih tertakluk untuk dinyatakan dibawah pendapatan.

Wakil LHDN mengatakan yang mana mereka akan dapat mengesan individu yang tidak mengisytiharkan pendapatan dengan mudah apabila syarikat yang membayar mereka mengisytiharkan cukai syarikat masing-masing – selain berkongsi maklumat mengenai duta yang mereka upah.

Dengan era digital yang semakin berkembang ini, sekiranya anda merupakan salah seorang juruhebah sosial, maka mungkin sudah tiba masanya untuk mengisytiharkan pendapatan anda kepada pihak berkuasa secepat mungkin.


Komen ()