Cari @ Amanz

Tune Talk hari ini mengumumkan penawaran pelan langganan data yang serba baru – membolehkan pengguna melanggan pelan data pada harga serendah RM1 sehari. Melalui penawaran Tune Talk baru ini, pengguna boleh melanggan pelan Chat, Social atau Music pada harga RM1 sehari dan ia hadir dengan penawaran penggunaan data tanpa had.

Sementara untuk pelan data harian biasa pada RM1 pula, ia hadir dengan data 300MB dan panggilan tanpa had ke Tune Talk lain. Pelan mingguan RM10 untuk 7 hari pula hadir dengan 2GB data dan panggilan tanpa had ke panggilan Tune Talk.

Tiga variasi pelan bulanan turut disediakan – masing-masing RM10 untuk 1GB data, RM28 untuk 6GB data, dan RM48 untuk 10GB data. Tune Talk juga turut menawarkan pelan data tahunan RM200 untuk 360 hari yang hadir dengan 120GB data dan panggilan tanpa had ke talian Tune Talk lain.

TuneTalk Value Plan

Pengguna Tune Talk yang beralih ke Tune Talk Value Pack baru ini akan ditawarkan dengan 10GB data internet asas. Tune Talk mengalakkan pengguna sedia ada beralih ke pelan penawaran baru ini sebelum 28 Februari 2019 kelak – sementara semua pelanggan baru akan diposisikan dibawah pelan baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd