Mastercard Akan Bantu Menghalang Bayaran Langganan Secara Automatik Selepas Tamat Tempoh Percubaan

Mastercard Akan Bantu Menghalang Bayaran Langganan Secara Automatik Selepas Tamat Tempoh Percubaan

Diterbitkan pada Jan 17, 2019 oleh .

Menjadi kebiasaan untuk pelbagai perkhidmatan internet yang meminta maklumat kad kredit pengguna sebelum dapat memulakan fasa ujian – dan ia akan dicaj secara automatik selepas selesai tempoh ujian sekiranya seseorang pengguna lupa menamatkan perkhidmatan berkenaan. Hal ini sering membuatkan ramai pengguna tidak begitu mengemarinya.

Kini, dalam melindungi pengguna daripada hal berkenaan, pihak MasterCard hari ini mengumumkan perubahan polisi baru.

Melalui polisi baru, peniaga akan diperlukan untuk mendapatkan kebenaran daripada pengguna sebelum mula mengecaj langganan bulanan. Selain daripada itu, sesuatu syarikat perlu menyediakan maklumat penuh berkenaan caj bulanan dan kaedah membatalkan langganan anda.

Dengan polisi baru ini, apabila anda melanggan dan tempoh ujian anda tamat – maka anda akan menerima mesej atau emel mengatakan anda akan dicaj untuk meneruskan langganan. Mesej berkenaan turut akan menyatakan amaun yang akan dicas, dan beberapa maklumat tambahan bersama-sama dengannya.

Hal ini semestinya akan mengembirakan lebih ramai pengguna – selain pada masa yang sama akan lebih mengalakkan pengguna dalam menguji pelbagai perkhidmatan langganan digital tanpa risau akan dikenakan caj.


TIPS & ULASAN