Cari @ Amanz

Unifi Basic merupakan salah satu pelan yang ditawarkan oleh pihak Telekom Malaysia kepada para pengguna, dimana ia ditawarkan pada harga langganan RM79 sebulan untuk penggunaan data sebanyak 60GB.

Pada awal pengenalan, pihak TM telah mengatakan yang mana mereka akan mengehadkan kelajuan kepada 128kbps selepas kehabisan kuota. Namun, hal berkenaan kini berubah. Melalui FAQ terbaru yang dikemaskini oleh pihak TM, Unifi Basic kini dikatakan akan mengehadkan kelajuan kepada 512kbps selepas kuota 60GB habis digunakan.

Selain daripada itu, kini TM juga telah mula menawarkan data tambahan untuk dibeli oleh pengguna Unifi Basic – sekaligus membolehkan pengguna menikmati penggunaan internet dengan kelajuan seperti biasa selepas data habis digunakan.

1GB data tambahan ditawarkan pada harga RM10, sementara 5GB pada RM20, dan 20GB pada harga RM40. Pihak TM turut menawarkan pakej tanpa had hujung minggu pada harga RM50. Apa pun, seperti biasa, data yang tidak digunakan TIDAK boleh dibawa ke bulan seterusnya dan perlulah dihabiskan sebelum bil bulanan baru.

Unifi Basic

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd