Unifi Basic Menawarkan Data Tanpa Had Sehingga 15 Februari 2019

Unifi Basic Menawarkan Data Tanpa Had Sehingga 15 Februari 2019

Diterbitkan pada Jan 17, 2019 oleh .

Telekom Malaysia baru-baru ini telah pun meningkatkan kadar kelajuan talian Unifi Basic selepas habis menggunakan kuota sehingga 512kbps. Menariknya, kini bersempena tempoh promosi, ia dilihat TM turut menawarkan data tanpa had untuk pengguna Unifi Basic.

TM melalui promosi mereka, mengatakan pengguna boleh menikmati data tanpa had untuk pakej Unifi Basic sehingga 15 Februari 2019 kelak. Ini bermakna, anda tidak akan tertakluk kepada had kelajuan selepas habis menggunakan 60GB data pada pakej mereka.

Unifi Basic

Unifi Basic telah ditawarkan sejak tahun lepas, dimana ia hadir dengan data 60GB dan kelajuan 30Mbps pada harga RM79 sebulan.

Bagi anda yang menggunakan pakej Unifi Basic, mungkin boleh menggunakan pelan internet anda tanpa risau kehabisan data untuk tempoh sebulan ini.


TIPS & ULASAN