Large Hadron Collider (LHR) ialah mesin pelanggar zarah yang terbesar di dunia sepanjang 27 kilometer yang terletak di bawah Geneva. Dengan LHR yang memulakan operasi pada tahun 2009, misteri tentang binaan zarah atom dapat dijawab oleh ahli fizik dan pada tahun 2012 zarah Higgs berjaya ditemui.
Organisasi Eropah untuk Penyelidikan Nuklear (CERN) kini sedang dalam perancangan membina pelanggar zarah yang lebih besar. Future Circular Collider (FCC) ini adalah sepanjang 100 kilometer dan enam kali lebih berkuasa berbanding LHR. Pihak CERN berharap apabila siap dibina kelak, eksperimen yang lebih berkuasa dapat dilakukan sekaligus meningkatkan kebarangkalian menemui zarah baharu yang selama ini hanya wujud sebagai teori.
Kos pembinaan keseluruhan FCC dijangka menelan belanja €21 billion (~RM 98 bilion). Projek FCC masih di dalam proses perancangan dan mensasarkan operasi pada tahun 2040 selepas kesemua eksperimen yang dirancang untuk LHC lengkap dilakukan. Apabila beroperasi kelak FCC boleh melanggar zarah dengan kuasa maksimum 100 teraelectronvolts (TeV). Sebagai perbandingan LHC mempunyai kuasa maksimum 14 TeV.