Cari @ Amanz

Google sebelum ini sedia mengambil-alih sebahagian teknologi dan paten daripada beberapa pengeluar termasuk seperti Lenovo dalam memperkukuhkan lagi teknologi dan paten milik mereka. Kini, gergasi teknologi berkenaan melakukan perkara sama dalam usaha memperkukuhkan teknologi dan paten mereka dalam arena jam tangan pintar.

Google hari ini mengumumkan bersama Fossil yang mana mereka akan membeli sebahagian paten daripada Fossil pada nilai mencapai $40 juta. Langkah ini sekaligus akan mengukuhkan lagi kedudukan Google dalam arena jam tangan pintar, selain memudahkan rakan kerjasama lain menggunakan wearOS tanpa sebarang kerisauan.

Selain pengambil-alihan sebahagian teknologi dan paten, beberapa pekerja Fossil juga akan beralih dan menyertai pasukan Google. Secara kasar, transaksi terbaru ini kelihatan seumpama transaksi bersama HTC yang telah dilakukan oleh Google sebelum ini.

Hal ini sekaligus memperlihatkan kita juga mungkin akan melihat pengenalan jam tangan pintar berjenama Pixel dalam masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd