Cari @ Amanz

Sudah banyak pengeluar hasilkan peranti dengan rekaan nirbingkai. Tetapi setiap rekaan ini pasti akan ada pengorbanan atau menukar lokasi kamera swafoto. Terkini, Google dilihat ingin menyertai trend peranti dengan rekaan nirbingkai.

Satu paten yang Google daftar pada tahun 2017, kini sudah memasuki pangkalan data World Intellectual Property Organisation’s (WIPO). Melalui paten ini, ia memperlihatkan sebuah peranti dengan rekaan nirbingkai dan tiada takuk. Menarik sekali, pembesar suara stereo di hadapan masih dikekalkan. Melalui rekaan seperti ini, Google mungkin menggunakan driver pembesar suara yang kecil tapi berkualiti – atau telah mula mencuba driver pembesar suara jenis dalam skrin.

Agak pelik, kerana tiada kamera swafoto kelihatan. Adakah ia akan menggunakan teknologi kamera dalam skrin? Paten ini didaftar pada 2017, iaitu pada tahun Pixel 2. Kenapa Pixel 2 dan Pixel 3 tidak menggunakan rekaan seperti ini? Ini mungkin hanya sekadar idea atau rekaan seperti ini masih mustahil untuk dihasilkan.

Dengan perkembangan teknologi semasa, adakah Google akhirnya akan menggunakan rekaan seperti ini pada Pixel 4 kelak? Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd