Louis Vuitton Hadir Dengan Fon Telinga Berdasarkan Master & Dynamic MW07 Yang Bernilai RM4000

Louis Vuitton Hadir Dengan Fon Telinga Berdasarkan Master & Dynamic MW07 Yang Bernilai RM4000

Diterbitkan pada Jan 18, 2019 oleh .

Jika anda rasa anda seorang bangsawan yang memerlukan jenama-jenama yang termahal untuk kegunaan harian anda, fon kepala terbaru daripada Louis Vuitton ini mungkin akan menarik minat anda.

Dinamakan Louis Vuitton Horizon, fon telinga nirwayar ini direka berdasarkan fon kepala Master & Dynamic MW07 yang sudahpun berada di pasaran sekarang ini.

Louis Vuitton terkenal untuk aksesori fesyen mereka, dan fon telinga Horizon ini hadir dengan empat jenis rekaan warna yang berbeza, termasuklah hitam, putih, merah dan juga gabungan warna kuning dan biru.

Dari segi spesifikasi, fon telinga Horizon ini hadir dengan komponen-komponen dalaman yang sama dengan model MW07 yang menggunakan dua pemacu Beryllium 10mm, dan mempunyai jangkahayat bateri selama 3.5 jam.

Dalam pada itu, fon telinga ini juga hadir dengan kerangka kuasa yang mempunyai rekaan klasik Louis Vuitton, yang boleh mengecas fon telinga ini, dan meningkatkan jangkahayat bateri fon telinga Horizon ini selama 10 jam apabila kerangka ini dicas dengan penuh.

Tanda harga fon telinga Louis Vuitton Horizon ini ditetapkan pada harga $995, iaitu $700 lebih mahal daripada fon kepala MW07 yang bernilai $299 sahaja.


TIPS & ULASAN