Video Pengolokan LG G8 Tertiris – Rekaan Sedikit Lebih Menawan, Tetapi Kekal Bertakuk
LG

Video Pengolokan LG G8 Tertiris – Rekaan Sedikit Lebih Menawan, Tetapi Kekal Bertakuk

Diterbitkan pada Jan 18, 2019 oleh .

Semalam kami sudah laporkan di mana, LG G8 iaitu peranti mercu LG untuk tahun ini – akan menyokong skrin kedua. Skrin kedua ini bukan seperti Vivo Dual-Dislplay Edition, Nubia X atau juga peranti boleh lipat. Tetapi skrin kedua ini akan hadir dalam bentuk aksesori yang boleh ditanggalkan.

Hari ini, video pengolokan yang memperlihatkan rekaan LG G8 tertiris di arena web. Sekali imbas, ia kelihatan seperti LG G7 ThinQ. Tetapi LG G8 ini tampak lebih minimal, kemas dna menawan. Walau bagaimanapun, rekaan skrin bertakuk masih lagi kekal. Menariknya, LG dilihat mungkin akan kekalkan port bicu audio. Bingkai sisi kiri dan kanan dilihat semakin nipis dan menjadikan rekaan skrin LG G8 ini hampir menyeluruh, cuma dagunya yang mengganggu. Pengimbas cap jari dilihat kekal di belakang bersama-sama dengan dwi-kamera utama.

Tiada port sambungan magnetik kelihatan. Ini mencadangkan yang mana aksesori skrin kedua tadi mungkin boleh disambung secara nirwayar atai melalui port USB-C.


TIPS & ULASAN