Cari @ Amanz

Sokongan aplikasi 64-bit pada peranti Android diumumkan pada tahun 2015. Pada tahun 2017 Google mengumumkan 40% peranti di pasaran dilengkapi cip pemproses 64-bit. Oleh itu bermula Ogos 2019, kesemua aplikasi di Google Play baharu dan yang dikemaskini perlu mempunyai sokongan 64-bit.

Google hari ini memberikan maklumat lebih terperinci tempoh masa baru sokongan aplikasi 32-bit mereka. Bermula Ogos 2021, Play Store tidak akan lagi memaparkan aplikasi 32-bit pada peranti 64-bit. Mereka juga menegaskan kesemua aplikasi perlu mempunyai sokongan 64-bit pada tarikh tersebut.

Pada waktu ini pengecualian sokongan 64-bit diberikan kepada permua yang menggunakan Unity 5.6 atau versi yang lebih lama. Turut diberikan pengecualian ialah aplikasi untuk Wear OS dan Android TV yang sehingga kini memang tidak menyokong 64-bit.

Android nampaknya akan menyokong aplikasi 32-bit untuk beberapa tahun sahaja lagi. Pada platform iOS, sokongan aplikasi 32-bit telah dihentikan pada sistem operasi iOS 11 yang hadir pada tahun 2017.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd