Cari @ Amanz

SwiftKey adalah antara aplikasi papan kekunci terbaik yang pernah dibangunkan. Ia juga popular di kalangan ramai pengguna Android. SwiftKey mempunyai banyak ciri menarik, seperti menukar tema, ramalam, pelekat dan banyak lagi pengubahsuaian menarik.

Hari ini, SwiftKey mengemaskini aplikasi mereka untuk Android dengan penambahan prestasi yang lebih baik. Kemudian, sebanyak 50% lengah masa telah dikurangkan untuk memberi pengalaman penggunaan yang lebih memuaskan. Menurut SwiftKey, kemaskini terbaru ini diuji pada Alcatel 1T, ZTE Tempo X, Nokia One, Huawei Mate 20 Pro, Huawei Y7 Prime, dan Moto G4 – ia menunjukkan prestasi dan pengalaman penggunaan yang sama. Mereka menguji selama 100 kali dan hasil adalah tetap sama tidak kira peranti lama atau baru.

Antara kelebihan lain menggunakan SwiftKey pada peranti Android adalah; ia mempunyai anggaran masa memuat 20% lebih pantas dari aplikasi papan kekunci lain dan masih mengekalkan saiz pemasangan kecil.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd