Samsung Galaxy Note 9 telah kami nobatkan sebagai peranti kedua terbaik sepanjang 2018 di belakang Huawei Mate 20 Pro dan di hadapan iPhone XS Max. Keunikan sistem stylus S-Pen, alat kawalan jauh, skrin gergasi dan spesifikasi yang baik membuatkannya sesuai digunakan mereka yang ingin peranti mercu yang pelbagai guna.
Bagi mereka yang menantikan promosi menarik sebelum membeli Galaxy Note 9, anda kini bernasib baik kerana Samsung memberikan potongan harga RM400 untuk kesemua model di pasaran. Model 6/128GB kini boleh dimiliki pada harga RM3299 manakala model 8/512GB ditawarkan pada harga RM4199. Potongan harga RM400 ini hanya akan diberikan sehingga 28 Februari dan sementara stok masih ada.