Netflix Kini Mempunyai 139 Juta Pelanggan Berbayar

Netflix Kini Mempunyai 139 Juta Pelanggan Berbayar

Diterbitkan pada Jan 18, 2019 oleh .

Terdapat banyak perkhidmatan penstriman video yang boleh diakses pengguna di Malaysia. Netflix ialah perkhidmatan berbayar yang semakin popular dengan pelbagai penawaran kandungan asli. Pagi ini mereka telah menerbitkan laporan kewangan untuk suku keempat 2018 dan mengumumkan kini terdapat 139 juta pelanggan berbayar.

Ini adalah peningkatan sebanyak 9 juta pengguna baharu berbanding suku ketiga dan 29 juta berbanding awal tahun 2018. Pada suku ke keempat 2018 mereka turut menambah 8.8 juta pengguna berbayar dengan 7.3 juta adalah di luar pasaran Amerika Syarikat. Pendapatan tahunan 2018 pula ialah $16 bilion dan merupakan peningkatan 35% berbanding tahun 2017.

Bagi meneruskan perkembangan syarikat, Netflix akan menambah lagi kandungan asli dari Jepun, Taiwan, Thailand, India dan Korea Selatan.


TIPS & ULASAN