Asus ROG STRIX SCAR II Dan STRIX HERO II Dengan Kad GeForce RTX Di Malaysia Pada 22 Januari
Artikel Berkaitan

Asus ROG STRIX SCAR II Dan STRIX HERO II Dengan Kad GeForce RTX Di Malaysia Pada 22 Januari

Diterbitkan pada Jan 19, 2019 oleh .

Di CES dua komputer riba khusus untuk permainan video iaitu Asus ROG Strix SCAR II Dan STRIX Hero II telah dikemaskini dengan grafik siri NVIDIA GeForce RTX. Pengguna di Malaysia tidak perlu menanti lama untuk kemunculannya di pasaran tempatan kerana pihak Asus mengesahkan ia akan dilancarkan pada 22Januari ini.

Menurut mereka lagi dua komputer riba ini adalah yang pertama di pasaran dengan kad grafik siri GeForce RTX yang mempunyai kemampuan raytracing yang tinggi. Tiada maklumat mengenai harga diumumkan setakat ini

Tahun lalu Asus ROG STRIX SCAR II GL704 dengan cip CPU Intel Core i7-8750H, memori DDR4 sebanyak 16GB, storan SSD PCIe NVME sebanyak 256GB, cakera keras 1TB dan juga kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 sebelum ini dijual pada harga RM7599 sebuah.


TIPS & ULASAN