Cari @ Amanz

Sebelum pelancaran Vivo Apex 2019, syarikat dari tanah besar China ini telah mengemaskini rekaan muka taip dan warna pada logo syarikat. Warna biru yang digunakan kini lebih gelap dan muka taip Vivo Type yang digunakan pula lebih dibulatkan.

Sekilas pandang perubahan ini tidak kelihatan begitu ketara. Perubahan muka taip dilakukan pada kedua-dua abjad rumi dan juga cina. Vivo Apex 2019 akan menjadi peranti pertama yang akan menggunakan logo terbaru ini. Vivo bukan syarikat pertama yang mengemaskini logo. Hanya beberapa minggu yang lalu Honor turut melakukan perkara yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd