Cari @ Amanz

Sejak tahun 2009, perkhidmatan Penang Free WiFi ditawarkan secara percuma di beberapa lokasi di pulau mutiara. Pada hujung minggu lalu kerajaan Pulau Pinang perkhidmatannya akan dihentikan sementara bermula 13 Februari ini. Ini adalah bagi menjalankan proses naik taraf kelajuan Internet yang ditawarkan kepada pengguna. Sejak dilancarkan PFW telah mencatatkan lebih 670,000 pengguna.

Kelajuan Internet yang ditawarkan kini adalah perlahan iaitu hanya 512 kbps untuk setiap pengguna. Selepas proses naik taraf ia mensasarkan kelajuan 2 Mbps untuk setiap pengguna. Pada waktu yang sama setiap access point (AP) yang digunakan sekarang hanya mampu menampung 30 pengguna. Pasca proses penaiktarafan yang akan mengambil masa lima bulan, setiap AP akan mampu menampung 50 orang pengguna.

Walaupun kelajuan bakal ditingkatkan empat kali ganda dari sistem sebelumnya, PFW masih di bawah sasaran pada tahun 2015 untuk menawarkan kelajuan 3 Mbps.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd