Carian
ActionDash Adalah Aplikasi Digital Wellbeing Untuk Semua Pengguna Android
January 20, 2019 Fahim Zahar

Digital Wellbeing adalah satu aplikasi sistem yang terbina dalam Android Pie. Ia membenarkan pengguna memantau cara penggunaan peranti, seperti berapa jam aplikasi dibuka, berapa jam peranti dinyahkunci, berapa banyak notifikasi di terima dan banyak lagi. Melalui Digital Wellbeing, pengguna boleh mengawal diri dari obses menggunakan peranti.

Masalah dengan Digital Wellbeing adalah ia hanya terpasang dalam Android Pie terpilih sahaja. Seperti Pixel, Essential Phone dan Android One. Peranti lain tidak mempunyai fungsi ini. Kini, mereka boleh! Pembangun aplikasi pelancar terkenal, Action Launcher telah hadir dengan aplikasi Digital Wellbeing tersendiri – ActionDash. Secara keseluruhan, fungsi ActionDash adalah hampir sama dengan Digital Wellbeing. Ia memantau jam aplikasi dibuka, jumlah notifikasi, jumlah aplikasi dibuka sehari, berapa kali peranti dinyahkunci dan banyak lagi.

Yang membezakan ActionDash dengan Digital Wellbeing adalah, tiada kemampuan untuk secara automatik tukar ke mod Do Not Disturb atau mod hitam putih. Ia hanya boleh memantau cara penggunaan sahaja melalui papan pemuka yang serupa dengan Digital Wellbeing yang asal.

Bagi yang berminat, ActionDash menyokong peranti dengan sistem operasi serendah Android Lollipop dan ia percuma untuk digunakan. Jika inginkan tetapan tambahan dan lebih kawalan boleh beli pada harga hanya RM14.99 sahaja.

Komen