Bank Simpanan Nasional kini mengumumkan yang mana perkhidmatan dan sistem mereka tergendala buat masa ini. Hal ini sekaligus membuatkan tiada transaksi perbankan yang boleh dilakukan buat masa ini.
Hal ini sekaligus membuatkan pengguna tidak boleh melakukan transaksi perbankan di ATM, CDM, MEPS, secara atas talian dan sebagainya.
Pihak BSN mengatakan mereka sedang melakukan usaha baik-pulih, dan menjangkakan ia mungkin mengambil masa sepanjang hari sebelum ia dapat digunakan. Bagi pengguna perkhidmatan perbankan BSN, anda boleh menyemak laman sosial BSN Malaysia dalam mengikuti perkembangan semasa berkaitan status baik-pulih ini.