Kemaskini Perisian Baru Untuk Pocophone F1 Membawakan sokongan Rakaman Video 960fps

Kemaskini Perisian Baru Untuk Pocophone F1 Membawakan sokongan Rakaman Video 960fps

Diterbitkan pada Jan 20, 2019 oleh .

Pihak pembangun Pocophone sebelum ini telah menjanjikan kemaskini perisian yang akan membawakan sokongan rakaman video gerak-perlahan 960fps. Kini, kemaskini berkenaan telah mula diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Pocophone F1 seluruh dunia.

Pocophone F1 Android Pie

Kemaskini ini hadir melalui versi MIUI 10 terbaru, dimana ia menyertakan bukan sahaja sokongan rakaman video 960fps, tetapi juga turut menyertakan sokongan rakaman pada keadaan malap yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Bagi anda yang menggunakan peranti Pocophone F1, mungkin boleh menyemak peranti anda sama ada kemaskini ini sudah tersedia atau sebaliknya. Ia biasanya diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin mengambil masa sehingga satu dua minggu sebelum anda menerimanya.


TIPS & ULASAN