Cari @ Amanz

Huawei kini telah mengumumkan perubahan harga jualan untuk dua peranti mereka, iaitu Huawei Nova 3i dan juga Huawei Mate 20. Masing-masing menerima potongan harga, dan akan dijual pada harga RM999 untuk nova 3i, dan Mate 20 pada harga RM2399.

Huawei RRP Baru

Huawei Mate 20 sebelum ini telah ditawarkan sejak bulan Oktober lepas pada harga RM2799 – dan melalui kemaskini harga terbaru ini, ia menerima potongan sehingga RM400, dan membolehkan pengguna membelinya pada harga RM2399.

Huawei Mate 20 hadir dengan skrin 6.53-inci dengan resolusi 1080p, dijana cip Kirin 980, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Menariknya ia hadir dengan tri-kamera belakang gabungan 12MP + 16MP + 8MP, selain kamera hadapan 24-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri 4000mAh, dan pengimbas cap jari yang terletak dibelakang.

Untuk Huawei Nova 3i pula, ia sebelum ini telah mula dijual sejak bulan Julai 2018 lepas. Ketika pelancaran ia ditawarkan pada harga RM1249, dan harga jualan baru yang terkini adalah RM999.

Huawei Nova 3i hadir dengan skrin 6.3-inci, dijana cip kirin 710, memori 4GB RAM, dan storan 128GB. Ia turut memfokuskan penggunaan dwi-kamera hadapan 24-megapixel + 2-megapixel, selain dwi-kamera belakang 16MP + 2MP. Ia turut hadir dengan bateri 3340mah yang dicas menggunakan kabel mikro-USB.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan kedua-dua peranti ini pada harga baru bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd