Pemproses Exynos 7904 Diumumkan Khusus Untuk Pengguna Di India

Pemproses Exynos 7904 Diumumkan Khusus Untuk Pengguna Di India

Diterbitkan pada Jan 21, 2019 oleh .

India ialah pasaran telefon pintar kedua terbesar di dunia selepas China dengan berbilion pengguna. Sungguhpun begitu majoriti pengguna memilih untuk membeli peranti kelas pertengahan dan permulaan kerana ia lebih mampu milik. Untuk mengembalikan kedudukan mereka di India yang telah dipintas Xiaomi, Samsung telah melancarkan pemproses terkini Exynos 7904.

Pemproses lapan teras kelas pertengahan berteknologi 14nm ini dilengkapi dua teras cip Cortex A73 pada kelajuan 1.8GHz dan enam teras cip Cortex A53 pada kelajuan 1.6Ghz. Teknologi big,Little yang digunakan akan hanya mengaktifkan teras A73 untuk keperluan aplikasi yang berat. Cip grafik yang digunakan pula adalah Mali-G71 MP2. Ini meletakkan Exynos 7904 hampir setanding dengan Snapdragon 636. Perbezaannya ialah Snapdragon 636 mempunyai empat teras A73 pada kelajuan 1.8GHz dan empat teras A53 pada kelajuan 1.6GHz.

Sokongan kamera adalah sehingga 32-Megapixel atau dwi kamera 16+16 Megapixel. Kemampuan rakaman video pula ialah 1080P pada kadar 120FPS manakala video 4K pula pada kadar 30FPS

Selain daripada itu ia turut dilengkapi modem LTE Cat.12 3CA yang menyokong muat turun pada kelajuan sehingga 600 Mbps. . Pemproses Exynos 7904 ini akan digunakan pada peranti Galaxy M yang akan dilancarkan pada 28 Januari.


TIPS & ULASAN