Passerine Sparrow Ialah Dron Yang Melakukan Lompatan Untuk Terbang
Artikel Berkaitan

Passerine Sparrow Ialah Dron Yang Melakukan Lompatan Untuk Terbang

Diterbitkan pada Jan 21, 2019 oleh .

Jika kita melihat di dunia sebenar, burung akan melompat sebelum mengepakkan sayap untuk terbang. Tujuhan ke atas ini akan memberikan ruang yang cukup untuk burung mengepakkan sayap dengan lebih optimun. Teknik penerbangan ini akhirnya digunapakai pada sebuah dron yang diberi nama Passerine Sparrow.

Passerine Sparrow mempunyai sepasang kaki pada bahagian tubuh yang akan melonjakkannya ke udara sebelum terbang. Dengan teknik lonjakan ini, ia boleh terbang tanpa memerlukan landasan yang panjang walaupun tidak mempunyai kipas yang dipasang menegak seperti dron quad-rotor lain.

Dua enjin turbin diletakkan pada bahagian atas sayap bagi menghasilkan kesan Bernoulli yang lebih tinggi. Sebenarnya rekaan enjin atas sayap ini digunakan pada pesawat kargo dan penumpang yang direka untuk menggunakan landasan pendek (STOL). Dron ini dihasilkan oleh syarikat dari Afrika Selatan bagi keperluan di negara tersebut. Penggunaan dron konvensional kurang sesuai kerana keperluan untuk terbang dengan jarak lebih jauh bagi keperluan seperti menghantar ubat-ubatan ke kawasan pedalaman.


TIPS & ULASAN