Cari @ Amanz

Pada tahun 2017, Samsung Galaxy Note FE dilancarkan khusus untuk peminat Galaxy Note. Model kemas kini kepada Galaxy Note 7 ini dilengkapi bateri yang lebih kecil dan selamat tanpa masalah meletup secara rawak. Nama FE nampaknya digunakan semula pada Samsung Galaxy A8s FE yang akan dilancarkan pada 14 Februari.

Samsung Galaxy A8s FE ini mempunyai panel belakang dengan warna cerun. FE kali ini adalah singkatan untuk Female Edition. Ini berbeza dengan Fan Edition untuk Galaxy Note. Tiada perubahan spesifikasi dilakukan berbanding model Galaxy A8s yang lain. Buat masa ini ia akan hanya ditawarkan untuk pasaran China.

Ia masih dilengkapi skrin Infinity-O 6.39-inci dengan paparan HD+ penuh, dijana cip Snapdragon 710, memori 6GB RAM,storan sehingga 128GB, tri-kamera utama 10+24+5-megapixel, kamera swafoto24-megapixel, bateri berkapasiti 3300mAh, selain turut dijana menggunakan sistem operasi Android Oreo dengan antaramuka Samsung tersendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd