Cari @ Amanz

Machinima merupakan salah satu saluran YouTube yang popular, dan hadir dibawah kategori Multiplatform Online Entertainment Network – dimana melaluinya mereka menghimpunkan pelbagai video daripada penerbit lain dibawah platform mereka selain menerbitkan video tersendiri.

Ia juga merupakan salah satu saluran yang popular, dan mempunyai peminatnya tersendiri yang ramai suatu ketika dahulu. Machinima sebelum ini menghimpunkan pelbagai kandungan menarik, termasuk berkaitan permainan video, budaya pop, dan sebagainya.

Machinima

Walaubagaimanapun, kini selepas ia diambil-alih oleh pihak baru, pemiliknya mengambil langkah untuk menetapkan semua video yang pernah diterbitkan kepada Private. Ini sekaligus memperlihatkan seumpama video tersebut telah dibuang daripada saluran Machinima dan tidak lagi boleh diakses oleh penonton lain.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik saluran berkenaan, mereka mengatakan ingin memfokuskan kepada pembangunan kandungan kreatif baru dan menyasarkan untuk berkongsinya melalui saluran baru tidak lama lagi.

Bagi anda sendiri, adakah anda mengikuti saluran Machinima sebelum ini? Adakah anda akan merindui video-video terbitan mereka?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd