Cari @ Amanz

Menjelang 2020, sebanyak 5 juta manusia akan kehilangan kerja kerana digantikan dengan robot. Ini ialah kerana robot boleh bekerja dengan lebih lama tanpa perlu masa berehat. Hotel Hen-Na dibuka pada tahun 2015sebagai yang pertama di dunia yang tidak mempunyai kakitangan manusia. Menurut laporan SCMP, hotel ini telah mula menggantikan kakitangan mekanikal mereka dengan manusia sejak minggu lalu.

Ini adalah kerana kakitangan robot yang menjaga meja hadapan hotel kerap mengalami kerosakan yang menelan belanja yang tinggi untuk dibaikpulih. Tambahan lagi pelanggan merungut robot yang digunakan menjengkelkan dan tidak mesra seperti manusia. Sesetengah robot tidak mampu menghantar bagasi kerana tidak boleh mengakses bilik. Sistem pembantu maya Churi yang digunakan pula mempunyai masalah memahami arahan suara pelanggan.

Sungguhpun kakitangan manusia mula mengambil alih tugas robot di Hotel Hen-na, pengusaha hotel masih mempunyai perancangan menggunakannya semula di masa hadapan selepas model yang lebih baik berjaya dihasilkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd